ROZ DAGANG ENTERPRISE merupakan SEBUAH syarikat MILIK PENUH bumiputera yang TELAH BEROPERASI LEBIH DARIPADA 17 TAHUN SEJAK TAHUN 2006 LAGI. SEBELUM INI KAMI dikenali sebagai Usaha Dagang Services and Marketing.
KAMI MERUPAKAN syarikat yang berteraskan PENGELUARAN PELBAGAI produk cenderahati dan hadiah korporat. Syarikat ini juga merupakan pembuat cenderamata, yang mana kami mempunyai mesin-mesin PEMBUATAN sendiri bagi memudahkan proses pembuatan cenderamata yang dihasilkan.
Pengalaman yang luas dalam membekal cenderahati dan hadiah korporat telah membantu kami mendapat kepercayaan untuk membekal kepada pelbagai sektor jabatan kerajaan seperti Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, MARA, Kementerian Pelancongan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan lain-lain sektor kerajaan. kami juga mendapat kepercayaan membekal cenderamata kepada syarikat-syarikat swasta seperti Petronas, Bank Rakyat, Kraftangan Malaysia dan lain-lain lagi.
Ruang perniAgaan syarikat yang BEROPERASI di Pasar Seni (CENTRAL MARKET), Kuala Lumpur DAPAT memudahkan para pelanggan untuk membuat pilihan cenderahati dan hadiah korporat mengikut citarasa permintaan yang dikehendaki. KAMI akan sentiasa meningkatkan kualiti dan pembaharuan dalam produk DISAMPING memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.